
Kitaran Hidup Rama-Rama
Taman bunga menjadi indah apabila dihiasi rama-rama
berwarna-warni. Sifat rama-rama yang berterbangan ke sana ke mari tanpa henti mencerminkan betapa bebasnya hidup serangga ini.
Rama-rama mencari madu bunga sebagai makanan.
Lidah rama-rama yang bergelung itu begitu mudah dilentur untuk menghisap madu dan menyapu debunga.
Tahukah kawan-kawan bahawa secara purata,
seekor rama-rama boleh bertelur sebanyak 200 biji.
Daripada sebiji telur kecil, lahirlah seekor ulat bulu.
Ulat bulu ini mempunyai nafsu makan yang menakjubkan
selama dua atau tiga minggu. Kemudian, ulat bulu itu mencari
tempat untuk bergayut. Ini menandakan bermulanya satu lagi kejadian hidup rama-rama. Ulat bulu itu akan menjadi seekor kepompong
atau pupa. Kepak dan kakinya akan terbentuk.
Akhirnya, jadilah seekor rama-rama.
Lihat Video Tentang Kitaran Hidup Rama-Rama
No comments:
Post a Comment